Friday, November 16, 2007

Kasut Cinderella berolah lagi

Sebelum : Kasutnya amatlah perfect sekali

Selepas : tali ditengah kasutnya tertanggal sendiri. Perhatikan betul-betul


Di suatu pagi ahad yang mendung, Cinderella pergilah berjalan-jalan di pasar bersama rakannya. Semasa berjalan-jalan dengan rianya, tiba-tiba Cinderella ternampak sepasang kasut amatlah canteksnya terpampang di dalam cermin kedai di hadapannya. Cinderella apalagi, terus masuk dalam kedai itu dengan harapan agar kasut itu menjadi miliknya. Dia mencuba kasut itu dan tanpa disangka-sangka kasutnya itu muat dan selesa di kaki Cinderella. Cinderella lantas membeli kasut itu.


Tuan punya kedai itu seraya berkata kepada Cinderella yang kasutnya itu akan dijual kepadanya dengan setengah harga.Cinderella mula membuka uncang wang nya dan mendapati uncangnya itu dipenuhi dengan beberapa keping wang perak sahaja, cukup untuk membeli kasut idamannya dan juga cukup untuk membeli sebungkus roti lagi untuk mengisi perutnya pada hari itu** (** elemen roti itu sengaja diada-adakan bagi membuat org sentimental tika membaca blog separa dongeng ini). Rakannya juga turut membawa pulang kasut idamannya dengan harga yang sama dibayar oleh Cinderella. Kerana Cinderella teramatlah gembira hatinya lalu dia mengajak rakannya itu memakai kasut baru yang dibeli oleh mereka itu untuk datang bekerja untuk esok hari.


Entah mengapa keesokkan harinya Cinderella terlupa akan rancangannya itu. Hanya rakannya sahaja yang masih ingat akan rancangan bersama mereka nya itu. Rakannya yang amat gumbira itu berjalan-jalan dengan kasut barunya.


Selang sehari Cinderella pun memakai kasut barunya itu. Bukan main lagi Cinderella gumbira memakai kasut barunya itu. Kasut itu cantik dan ringan, bagaikan berjalan di atas angin** (**lagi, elemen exaggerating sengaja ditokok tambah).


Tiba-tiba pada tengahari yang mendung itu, Cinderella terpandang akan kasut sebelah kirinya itu. Dia mendapati cat kasut itu sudah tertanggal dan jatuh ke lantai. Cinderella hanya mampu melihat dan buat endah tak endah sahaja.


Entah mengapa pada petang yang bersejarah itu, tika Cinderella baru sahaja lepas mengadap, tiba-tiba telapak kakinya itu dapat merasa kekasaran gumpalan permaidani. Malah, kakinya itu berasa sangat selesa dan sejuk ditiup angin aircond sepoi-sepoi bahasa. Sekali tengok, kelihatan kasut kirinya itu tertinggal betul-betul di depan pintu tempat dia mengadap tadi. "Penjaga Pintu" mengadap di situ turut menyaksikan kejadian kasut sebelah kiri Cinderela itu tertanggal dengan sendirinya. Apalagi, sipenjaga itu ketawa bagai nak rak bila melihat kaki Cinderella sebelah berkasut dan sebelah lagi berkaki ayam.


Nasib badan Cinderella. Ini bukan kejadian pertama. If you guys flash backed again (aok, pencerita dongeng ini pandai spiking london gitu. Jangan jeles), there's some point in time whereby this fellow name Cinderella left her shoes smwhere not far from Canteeno Operacion. Please refer to TMNS's earlier entry.


Semenjak kejadian itu, Cinderella pun berjanji tidak akan memberi kasut sebarangan lagi dan jangan teruja bagai nak rak kalau dapat kasut idaman setengah rega.


By the way, rakannya itu, miracalously (betoi ka spelling ya, TMN malas mok check) kasutnya still bertahan lama di carta kasut bargain FM hingga ke hari ini....



And by another way, nama kasut Cinderella yang bertuah itu? "Speedy Rhino". Gee, I wonder why the name..



1 comment:

Dayang Nooraisah said...

Cinderella lah yah doh.. cheh.. sai mak prince charming kih...